Pengumuman (Mac 2010): PART-TIME PHOTOGRAPER DIPERLUKAN

Kami memerlukan lagi jurugambar untuk memenuhi permintaan yang semakin banyak. Peluang ini dibuka kepada sesiapa yang berminat, namun sebolehnya-bolehnya WANITA. Kenapa wanita? sebab permintaan jurugambar wanita semakin tinggi. Kepada yang LELAKI pun boleh apply, sekiranya hasil kerja anda cukup memuaskan hati kami, mana mungkin kami menolaknya.

Tawaran sebagai untuk Jurugambar PART-TIME yea.. Sekiranya berminat, boleh email portfolio anda ke: admin@digitalsyndicate.com.my

email: nazwan.geo@yahoo.com
YM!: nazwan.geo
h/p: 012-299 1776

  • Hang dah beli ghumah ka?


  • Archive: ‘My life’



    Jalan-jalan Langkawi

    Saturday, April 3rd, 2010

    Dah bertahun x dpt nak g holiday camni, at last dapat gak aku pi Langkawi. Malu nak kata, nama je org Kedah tp nak sampai Langkawi pun payah..hehehe. Sblm2 ni bz je memanjang, kali ni pun bz gak dgn keja opis, keja shoot org kawin yg x penah habis. Tp aku naked..ops! nekad kali ni aku nak get some rest, biarlah keje kat opis tu dulu.. aku nak gi HOLIDAYYY!

    Aku amik cuti seminggu blk kg, tp xdelah dok langkawi tu seminggu, 3 hari je yg lebihnya aku dok Jitra le rumah family aku. Pakej langkawi ni aku amik masa kat MATTA fair ari tu, nak cakap berbaloi pun ntah la, harga pun xdela murah sgt, lebih kurang je.

    Aku ke Langkawi hanya dgn wife, Naufal tinggal kat tok dia kat kg..hehehe. Sampai je Langkawi mmg aku dah plan nak get new experience, jalan2 ke tempat yg tak penah sampai (hnya dok dengar je), lagak mcm pelancong luar padahal cakap loghat Kedah pekat punya. Tp wife aku, dlm mind dia dah set benda lain…shopping! itula pompuan, soping..soping..soping.. x habis2. Suka hati la, janji aku nak g tempat yg dah lama aku nak pi.

    Berbekalkan keta kancil yg disediakan, aku pusing satu Langkawi. Igtkan besaq sgt, rupanya dalam satu hari pun dah boleh selesai pusing satu pulau. Tp yg x tahan tu dgn cuaca yg amat panas dan berbahang. Tp tgk mat saleh selamba badak je jalan2 x kisah pun dgn panas ni. Ye la, sbb diorang tu kan putih, nak jdkan diri ‘tanned’ gelap.. mmg la diorang suka. Kita pulak org local yg dah already gelap nakkan kulit jd putih or paling tidak tak makin gelap, mmg la x suka dgn panas ni.

    Naik cabel car ke puncak Gunung Mat Cincang, best sgt.. tgk ada yg gayat, ada yg takut sampai x nak toleh ke belakang or bawah, tp aku dgn wife selambe je. Sampai kat atas sejuk udara dia, boleh tgk mukabumi langkawi. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Peluang kat atas tu aku teroka habis sampai ke sky bridge.. terasa gak pancit walaupun x de la jauh mana sgt pun. Next kitorang ikut island hopping, pergi ke pulau dayang bunting, pulau beras basah dan eagle feeding. Time eagle feeding la yg aku nanti2 kan sgt, dgn tele 200mm aku try to get as much as possible perfect shoot time burung helang nak catch makanan yg ditaburkan. Tp bukan senang nak dpt perfect shoot. Igt lain kali kena dtg hanya dgn group photog shj, sewa satu bot just utk shoot haiwan hebat ni, haiwan penjaga pulau ni. Dlm masa tu, tempat2 lain pun sempat la kitorang singgah. Akhir sekali, bersoping sakan kat pekan Kuah, bini aku laa.. Park je keta, tgk2 dah hilang.. rupanya dah ada kat dlm kedai Hj Ismail Group, soping coklat.

    Time kitorang pi ni bkn time cuti sekolah, or cuti panjang, so org pun x la ramai sgt, boleh la nak buat aktiviti apa pun tanpa berebut dan jugak xde la peniaga2 kat sana nak ’sembelih’ kitorang. Siap boleh tawar murah2 lg terutama kat padang mat sirat. Kedai2 pun agak lengang, bolehla buat pilihan sikit. Cuma kat jalan pantai Chenang je yg penuh dgn palancong luar, mat saleh dan pak arab. Kedai2 kat situ agak happening bukak sampai pagi, dan boleh aku gambarkan mcm kat Bukit Bintang, KL.

    Kesimpulan, mmg berbaloi cuti kali ni. Org amik cuti utk rest, dan balik keje semula dgn mind yg fresh, tp aku dah mcm malas nak balik keje, nak cuti je terus kat sini..hehehehe.

    Weekend at Sunway Lagoon

    Monday, December 28th, 2009

    DSC_0144

    DSC_0145

    DSC_0167

    DSC_0165

    DSC_0175

    DSC_0242

    On 26 Dis 09, atas initiative my wife kami whole family went to Sunway Lagoon. Just nak relax2 and nak bawak our son pi main air coz kalau kat rumah suka benar dia time nak mandi ke, basuh ke.. pendek kata apa saja yg berkaitan dgn air, so nak tgk mcm mana dia nanti.

    Sampai je dlm kul 11 pg, masyaAllah ramai bebenor nye manusia. Kena plak weekend cuti campur dgn cuti krismast. Nak masuk tu pun dah spoil our mood. Igtkan book&pay online leh cepat mcm kat TGV, but ni nak kena beratur panjang, dah la line utk online tiket satu counter je, lembab plak tu.

    At last, dlm kul 12 br leh msk, habis separuh hari dok tunggu nak masuk je.. hampeh. So, main agenda.. main air. Naufal mmg x sbr tgk air tu. Letak je dlm laut@kolam tu.. tersengih je memanjang, mmg x takut langsung kat air. Lupa segala nak susu ke, makan ke, tidoq ke, berak ke.. dpt air lupa semua. So, kami layan je lah.. bukan selalu bawak dia jalan2 mcm nie. Angkat je kuar dr air nangis, letak blk sengih.. itulah naufal.

    Dkt 3 jam main air, naufal dah mula lentok, ngntuk juga akhirnya. So, kitorang nak sambung pi amusement park, but… xde rezeki, hujan turun dgn lebat sekali. Semua game kat situ diorang pause sbb cuaca x izinkan. Adui.. dah la bayar mahal2, nak masuk pun susah, hujan plak.. nak buat camne. Nak tunggu pun hari dah makin lewat. So, decide balik je la.. dlm kul 6 kitorang balik terus g dinner kat Kak Eita Steamboat, W.Maju.

    Pasni nak senang pi wet world jelah, sbb kitorang dah tahu Naufal mmg sukakan air.. senang cite.

    Naufal d’ basket boy

    Wednesday, December 9th, 2009

    dsc_0677_12

    Model: Naufal
    Photog: Papa Naufal
    Props: Bakul baju busuk Naufal

    Hai… ini lah permata aku sorang. Makin hari makin cerdik.. dan makin nakal jugak. Hari ni genap 1thn 2 bln 20 hari.. tp Naufal tak jugak boleh berjalan lagi.. x mcm sesetangah budak yg sebaya dia. Tp, ada org kata budak laki lambat sket nak boleh berjalan, x pelah.. skrg ni pun dia tgh dok praktis berdiri solo.

    Hobi terkini dia suka ‘meragaih’.. maksudnya suka panjat2 especially segala bentuk bakul. Ni pic dia tgk dok dalam bakul baju busuk dia. Asal nampak bakul, sofa, katil semuanya nak dipanjatnya.. pernah jugak tergolek bebarapa kali, biasala nangis bagai nak rak.. tp pas tu buat lagi.

    Inilah pengubat penat balik dr opis (tp ada ketika lg penat dibuatnya), anugerah dr Allah untuk aku dan isteri. Bila tgk gelagat dia, hilang segala masalah. Terpikir mcm tu jugak la mak bapak besarkan kita dan mcm mana sering merindui kita yg kekadang tu terlalu sibuk bekerja hingga lupa nak tepon kg tanya khabar.. isk!

    Raya 2009 & Birthday Naufal

    Tuesday, September 29th, 2009

    Masih lg dlm mood raya, hari ni masuk keje hari yg paling ‘mandomest’ & ‘malasest’… maklumlah dah seminggu cuti tanpa gangguan apa2 dari pejabat. Masuk keje bos dah tanya buleh ka siapkan projek nie.. adui, itu jugak soklan yg ditanya.. apa leh buat kerja-kerja..

    Raya kali ni kat Jitra Kedah, rumah mak aku, rumah aku gak le.. kena pulak dgn birthday naufal yg kena jatuh pd 19 sept, so sambut birthday dia sekali la.. hai, dah besaq anak aku, kalau ada rezeki thn depan sambut dgn sorang lagi ahli family..hehehe..
    dsc_0704

    Mama & Papa.. bagila can kami nak posing, asyik korang jer..

    Dari kiri: Aku, my wife, mak, kak long (kak teh)

    Kak teh & anak2.. bapaknya xde dlm pic

    Happy 1st year Naufal, excitednya nak potong kek

    X sempat apa2 Naufal dah mkn dulu..

    Raya ke-4 aku dah x tahan, kuar gi Jitra jumpa sifoo aku, org yg membawa aku serius dlm bidang fotografi ni. Sanggup menurunkan ilmu sedangkan org lain masih lg berkira-kira takut terjejas periuk nasik yg ada.  Orgnya mmg low profile, even kalau google nama dia mmg x jumpa la website ka, facebook ka, apa ka.. tp pengalaman mmg luas. Marah kalau dia tau nama dia aku tulis kat blog nie, tp xkisahla.. orng nya adalah Shaharol Munir, kalau sapa2 geng aloq setaq rasanya kenai dgn dia nie. kalau balik Kedah, aku mesti tag dgn Munir ni.. saja nak perbetulkan apa yg tak betul lg.
    dsc_0826Kali nie aku saja ikut2 shoot satu couple kat Jitra, tp sempat shoot make-up je, itupun tak habis.. coz, bini aku dah tepon..”Abg, balik!! Org dah siap nie nak pi beraya kat Perglih”… Adoiii…….

    I’m damn talented!

    Friday, February 27th, 2009

    PhotoCamp4, D’Ark Resort Janda Baik Pahang, 23-25 Feb 2009

    Adoih.. masih terasa lg penat dr photocamp4. Walaupun xde sgt aktiviti fizikal, but the mental torture buatkan lagi penat. Camp kali ni buat kat D’Ark resort, tempat shooting cite Kekasihku Seru. This camp x ajar st ttg teknikal but penekanan pd aspek art of seeing and how to create a wow!! picture. Kesimpulannya PhotoCamp memang best, x sia2 laburkan duit (leh dpt satu speedlight tau) utk join this program. Walaupun kump aku x menang (even tercorot..kui.kui.kui..) but the knowledge and experience is da most important.
    Thanks to Saiful Nang and all CS team especially to Peijan as our fesi. your guys r rock man!

    aku, peijan and zam

    woooooo...

    certified participant

    Naufal’s friends

    Thursday, February 12th, 2009

    Our son, Naufal Afif Kesian kat Naufal, aku bz sgt dgn job nie sampai kekadang tu tak sempat nak layan dia. Mujurlah ada kengkawan dia yang pelbagai spesis tu.. Kure tortoise: Mama belikan kat IKEA Hyppo idung kembang: Itu mama punya tu Kuda: Ngah Tam bagi Giraffe teether: Classmate mama hadiahkan Itik ‘kuek..kuek..’: Mama belikan (actually mama yg main lebih itik nie..) Mr Moo..: Mama belikan gak Abis, papa belikan apa ek.. Takde kat sini sbb sume Naufal dah telan.. Group besar gambar kahwin dr sesi cuti sekolah bln 12 thn lepas dah siap semuanya. Yg ada cuma yg biasa jer, so pasni ada la masa nak bermain dgn anak aku ni. Walau pun begitu papa sayang sgt kat Naufal coz u are ‘daddy’s little star’.

    Selamat datang

    Monday, January 26th, 2009

    Kini dgn rasminya saya telah berpindah dari fotopages.com ke server dan domain baru. Kalau dahulunya di fotopages saya dikenali dgn nazwan photography, tetapi kini saya mahu meletakkan nama sendiri sebagai penjenamaan perkhidmatan. Mesti ada yg tertanya kenapa itu dan ini, meh sini sy jelaskan mengapa dan kenapa: 1) Mengapa nuhairiazwan.com dan tak nazwanPhotography. Sbb nya dahulu sering ramai org yg keliru dgn nama saya. Nama panggil hairi tp web nazwan. Actually my real name is Nuhairi Azwan. Dlm email dipendekkan jd nazwan. That’s why jd nazwanPhotogaphy. So, skrg sy decide utk pakai nama sendiri, penjenamaan perkhidmatan pun atas nama tersebut, sbb this fotografi pun sy running sendiri as a freelance photographer. 2) Dgn adanya domain sendiri dan server yg berbayar ni, kita akan nampak lebih serius dalam bidang bisnes yg kita lakukan kini. Bukannya yg free tu x bagus, semuanya bagus dan yg free tu jugaklah yg telah membawa ramai fotographer dikenali ramai, cuma skrg sy rasa dah tiba utk sy melangkah setapak lebih maju, menjenamakan product dgn dot com sendiri. 3) Dan yg ini isu semasa lah, isu pasai pemboikotan produk israel, iaitu fotopages.com. So, apa yg terdaya kita lakukan, kita buat dulu. kalau nak diikutkan, byk rangkaian produk diorang nie, payah jugak nak lepas dari rantaian produk dan penyumbang kpd israel, tp tgklah apa yg boleh kita buat. KFC ,McD, Coke mmg dah lama tak mkn since isu Palestin tu. Bab yg nie sy tak nak lah hurai panjang2 sbb yg nie individu punya pendapat lah. So, itulah serba sikit pasal my new web. Kat sini sy permudahkan carian ttg pakej, sample pic dll. Mybe x fully complete lg, akan diupdate dr masa ke semasa. Kpd yg dok tgk my fotopages di http://detikdigital.fotopages.com tu silalah upadate bookmark anda sbb sy tak akan update dah web tu. Segalanya diceritakan disini.. Terima kasih.