Pengumuman (Mac 2010): PART-TIME PHOTOGRAPER DIPERLUKAN

Kami memerlukan lagi jurugambar untuk memenuhi permintaan yang semakin banyak. Peluang ini dibuka kepada sesiapa yang berminat, namun sebolehnya-bolehnya WANITA. Kenapa wanita? sebab permintaan jurugambar wanita semakin tinggi. Kepada yang LELAKI pun boleh apply, sekiranya hasil kerja anda cukup memuaskan hati kami, mana mungkin kami menolaknya.

Tawaran sebagai untuk Jurugambar PART-TIME yea.. Sekiranya berminat, boleh email portfolio anda ke: admin@digitalsyndicate.com.my

email: nazwan.geo@yahoo.com
YM!: nazwan.geo
h/p: 012-299 1776

  • Hang dah beli ghumah ka?


  • Archive: ‘Wedding’



    Zadariana & Azam, Raub

    Tuesday, June 8th, 2010

    Pengantin: Zadariana & Azam
    Lokasi: Raub, Pahang
    Tarikh: 30 Mei 2010

    Minggu ni tugasan luar KL/Selangor, aku dan Raja menuju ke Raub utk mkn nasik minyak lg.. tiap2 minggu ngadap nasik minyak je, mmg patut pun makin ’sihat’. Tp aku je yg byk bedal, Raja mmg x lalu kalau dok penat2 gini.

    2 hari berturut2 kami ke Raub, hari sebelumnya shoot nikah Zada, balik lewat mlm gak coz mmg plan nak blk Kl semula. Dlm on d way nak blk tu, siap Raja cite hantu plak.. aku sebenarnya dah seram tp control buat rilek je.. Cite le kambing ngembek ke, ayam goreng ke.. ini jam jugak mau cite jalan lama ke  Gombak/Jnda Baik ada puaka la, itu la.. alih2 kat selekoh u-turn Karak ke KL hampir ‘eksiden’ kitorang coz ter’drif’ yg x disengaja kan… Ha, padan muka cite hantu lg.

    Esoknya, pg2 dah kena ke Raub semula, penat semalam pun x abis lg.. pd view kitorang kami dah terlewat sikit, tp bila sampai mak andam ‘Aznil’ x sampai lg, apalagi kami belasah tido dulu le dalam keta, mmg tido betui bukan main2 nasib baik tak berdengkur..hahaha… Sedar2 pengantin dah tgh make-up..
    So, apa lg sambung keje cari masalah..

    To pengantin, selamat pengantin baru. To Azam jgn serius sgt, senyum sikit.. dah ada isteri dah skrg.

    Resepsi Syimi & Umi

    Friday, June 4th, 2010

    Pengantin: Nik Masrul Hasyimi & Umi Najiah
    Lokasi:  Shah Alam
    Tarikh: 22 Mei 2010

    Nikah Syimi & Umi, Shah Alam

    Wednesday, May 26th, 2010

    Pengantin: Nik Masrul Hasyimi & Umi Najiah
    Lokasi: Seksyen 10, Shah Alam
    Tarikh: 21 Mei 2010

    Irma Hasmie? Itulah perkara pertama terdetik bila tgk pengantin perempuan ni, hampir sebijik mcm Irma. Sempat gak aku tanya kenkawan dia “Eh rasa2 ada tak mcm Irma”. Jawapannya hampir semua org kata ya! Dlm pada tu dok guess gak le kot2 bakal suami dia mcm Nabil…hehehe. Tp bila Syimi datang, meleset sekali.. jauh lebih hensem dari Nabil..hehehe.

    Dinikahkan  sendiri oleh bapa Umi, tgk Syimi ni selamba je, gelak2 lg.. dgn pendaftar nikah pun siap boleh buat lawak lg. Perkenalan diorang start kat internet, detail lg YM..hahaha.. sapa sangka leh sampai tahap ni.

    Utk korang berdua, selamat pengantin baru, semoga kekal selamanya. Sedar 2 dah 11 mlm, esoknya nak shoot resepsi korang pulak..

    * hmm.. cantik la plak tgk HTC Legend hantaran dr Umi, ni yg buat naik geram ni… mcm best je..

    Ammar & Sherrina – Resepsi

    Thursday, April 1st, 2010

    Pengantin: Ammar & Sherrina
    Tarikh: 21 Mac 2010
    Lokasi: Pusat Komuniti Seri Petaling

    Selesai smlm nikah, hari ni majlis sanding. Menariknya 2 jemputan kedua2 belah pihak dibuat sekaligus dlm satu majlis, so inilah sanding inilah bertandang.. bagus gak tu. Byk leh jimat, tp tgk lah tempat family kat mana, kalau sorang utara sorang selatan payah gak nak buat, mcm family ammar & ina dua2 kat area KL.

    Mcm biasa pengantin mmg sempoi, seronok shoot diorang ni. Aku rasa wedding kali ni lah yg kurang gangguan dari DSLR yg sering interframe kitorang. Bukan aku x suka dgn dslr dr kaum keluarga, frends dan juga wedding photog wannabe, aku pun asal dari golongan tu jugak mula2 dulu.. cuma hormatilah kami sbg official photog dlm event tu, sbb kami jugak yg nak kena menjawab kat pengantin kalau certain2 shoot xde dlm pic kitorang.. yelah, kalau asyik kena block je mana tahan beb.. Tp utk event kali ni, perfect!

    Alkisah sikit pasai pic kat bawah ni, aku pun br tau tp sejauh mana kebenaran wallahualam..

    Dlm tgh dok bersiap pengantin lelaki, mak andam terkejut tgk keris yg nak dipakai oleh ammar rupanya keris betul. Aku dah tau tp x terkejut pun. Ammar yg beli keris tu sbb baru nampak real sikit. Si mak andam ckp mana boleh pengantin keris betul time sanding2 ni, kalau nak pakai jugak kena ikat dgn kain kuning. Apsat? katanya boleh jd malapetaka kot2 keris tu boleh terbang tikam pengantin kalau2 dlm byk2 jemputan yg dtg tu saja2 nak  test ilmu. Isk, dah mcm cite purba plak.. Tp x berani nak ckp la coz aku mmg x penah alami benda2 mcm ni.

    Barula aku tau selama ni keris yg dipakai semuanya keris tipu, kalau yg betul ada diikat dgn kain kuning. Ntahla.. Mujurlah si ammar x kena tikam dgn keris hari tu, tp x tau la plak si ina..hehehe… Selamat pengantin baru.. lalalalalala..

    Ammar & Sherrina – Nikah

    Tuesday, March 23rd, 2010

    Pengantin: Ammar Yusof & Sherrina
    Tarikh: 20 Mac 2010
    Lokasi: Serdang Raya

    Mencari lokasi tempat majlis nikah couple ni merisaukan aku jugak, coz selama ni kalau tempat yg x pernah aku p, mmg bergantung pada GPS je, tp masjid al-islah ni xde dlm map pulak.. yg ada al-islah kat perak..ah! sudah. Bkn apa kalau dah tahu senang sikit, xde la aku kena kuar awal sgt. Tp, Alhamdulilah.. dalam tersesat jalan tu, tiba2 ternampak la satu surau ni, rupanya masjid yg dimaksudkan tu asalnya surau, patutla xde dlm map.

    Ammar ni schoolmate Dell DS, mmg dia dah book DS dari dulu lg.. friendly orgnya, mcm dah lama kenal plak, Ina pun sama.. best lah diorang ni. Yg paling best depa ni suka sgt bergambar, pose dll, x perlu lah aku nak arah2 sgt. Pernikahan pun berjalan lancar, walaupun pengantin laki sampai lewat..hehehe.

    Sbbkan diorang ni suka sgt berposing, shoot nikah ni dah jd mcm shoot outdoor, byk pic outdoor dr nikah… terbalik la pulak. Xpa2 nanti esok kami snap outdoor korang byk2..k

    To Ammar & Ina, congatulation dah jd husband & wife, sapa sangka perkenalan kat internet yg singkat dah bawa diorang ke tahap ni. Dan juga thanks atas layanan korang sefamily… baik betul.

    Siti & Azhar – Nikah

    Friday, March 19th, 2010

    Pengantin: Siti & Azhar (Bob)
    Tarikh: 13 Mac 2010
    Lokasi: Pantai Dalam

    Alhamdulillah, satu lg pasangan selamat diijab kabulkan. Shoot kali ni adalah untuk sedara Ridwan, Signdeco Detik Indah.

    Majlis yang sederhana tetapi meriah, meriah dgn gelagat pakcik makcik pengantin. Sbb nya ada sorang pakcik Azhar ni kaki melatah, dan sorang lagi kuat nyakat.. yang lain2 pun ikut sama, termasuk lah Bob kita ni.

    To pengantin, tahniah dan semoga berbahagia selamanya..

    Wedding Amalina & Syafik

    Tuesday, March 16th, 2010

    Pengantin: Amalina & Syafik
    Tarikh: 21 feb 2010
    Lokasi: Dewan Gemalasari, Risda

    Semoga berbahagia ke akhir hayat, congrats!!

    (actually aku dah taip panjang giler, tup-tup network lost, bila back sume yg aku taip td hilang… arghh!! Sori Lin & Syafik, den x dayo nak taip semulo..)

    Adra & Dalina ‘Bertandang’ di KGPA

    Friday, February 5th, 2010


    Tarikh: 24 Januari 2010
    Lokasi: KGPA, Damansara