Pengumuman (Mac 2010): PART-TIME PHOTOGRAPER DIPERLUKAN

Kami memerlukan lagi jurugambar untuk memenuhi permintaan yang semakin banyak. Peluang ini dibuka kepada sesiapa yang berminat, namun sebolehnya-bolehnya WANITA. Kenapa wanita? sebab permintaan jurugambar wanita semakin tinggi. Kepada yang LELAKI pun boleh apply, sekiranya hasil kerja anda cukup memuaskan hati kami, mana mungkin kami menolaknya.

Tawaran sebagai untuk Jurugambar PART-TIME yea.. Sekiranya berminat, boleh email portfolio anda ke: admin@digitalsyndicate.com.my

email: nazwan.geo@yahoo.com
YM!: nazwan.geo
h/p: 012-299 1776

  • Hang dah beli ghumah ka?


  • Zadariana & Azam, Raub

    June 8th, 2010

    Pengantin: Zadariana & Azam
    Lokasi: Raub, Pahang
    Tarikh: 30 Mei 2010

    Minggu ni tugasan luar KL/Selangor, aku dan Raja menuju ke Raub utk mkn nasik minyak lg.. tiap2 minggu ngadap nasik minyak je, mmg patut pun makin ’sihat’. Tp aku je yg byk bedal, Raja mmg x lalu kalau dok penat2 gini.

    2 hari berturut2 kami ke Raub, hari sebelumnya shoot nikah Zada, balik lewat mlm gak coz mmg plan nak blk Kl semula. Dlm on d way nak blk tu, siap Raja cite hantu plak.. aku sebenarnya dah seram tp control buat rilek je.. Cite le kambing ngembek ke, ayam goreng ke.. ini jam jugak mau cite jalan lama ke  Gombak/Jnda Baik ada puaka la, itu la.. alih2 kat selekoh u-turn Karak ke KL hampir ‘eksiden’ kitorang coz ter’drif’ yg x disengaja kan… Ha, padan muka cite hantu lg.

    Esoknya, pg2 dah kena ke Raub semula, penat semalam pun x abis lg.. pd view kitorang kami dah terlewat sikit, tp bila sampai mak andam ‘Aznil’ x sampai lg, apalagi kami belasah tido dulu le dalam keta, mmg tido betui bukan main2 nasib baik tak berdengkur..hahaha… Sedar2 pengantin dah tgh make-up..
    So, apa lg sambung keje cari masalah..

    To pengantin, selamat pengantin baru. To Azam jgn serius sgt, senyum sikit.. dah ada isteri dah skrg.


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Resepsi Syimi & Umi

    June 4th, 2010

    Pengantin: Nik Masrul Hasyimi & Umi Najiah
    Lokasi:  Shah Alam
    Tarikh: 22 Mei 2010


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Nikah Syimi & Umi, Shah Alam

    May 26th, 2010

    Pengantin: Nik Masrul Hasyimi & Umi Najiah
    Lokasi: Seksyen 10, Shah Alam
    Tarikh: 21 Mei 2010

    Irma Hasmie? Itulah perkara pertama terdetik bila tgk pengantin perempuan ni, hampir sebijik mcm Irma. Sempat gak aku tanya kenkawan dia “Eh rasa2 ada tak mcm Irma”. Jawapannya hampir semua org kata ya! Dlm pada tu dok guess gak le kot2 bakal suami dia mcm Nabil…hehehe. Tp bila Syimi datang, meleset sekali.. jauh lebih hensem dari Nabil..hehehe.

    Dinikahkan  sendiri oleh bapa Umi, tgk Syimi ni selamba je, gelak2 lg.. dgn pendaftar nikah pun siap boleh buat lawak lg. Perkenalan diorang start kat internet, detail lg YM..hahaha.. sapa sangka leh sampai tahap ni.

    Utk korang berdua, selamat pengantin baru, semoga kekal selamanya. Sedar 2 dah 11 mlm, esoknya nak shoot resepsi korang pulak..

    * hmm.. cantik la plak tgk HTC Legend hantaran dr Umi, ni yg buat naik geram ni… mcm best je..


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Jalan-jalan Langkawi

    April 3rd, 2010

    Dah bertahun x dpt nak g holiday camni, at last dapat gak aku pi Langkawi. Malu nak kata, nama je org Kedah tp nak sampai Langkawi pun payah..hehehe. Sblm2 ni bz je memanjang, kali ni pun bz gak dgn keja opis, keja shoot org kawin yg x penah habis. Tp aku naked..ops! nekad kali ni aku nak get some rest, biarlah keje kat opis tu dulu.. aku nak gi HOLIDAYYY!

    Aku amik cuti seminggu blk kg, tp xdelah dok langkawi tu seminggu, 3 hari je yg lebihnya aku dok Jitra le rumah family aku. Pakej langkawi ni aku amik masa kat MATTA fair ari tu, nak cakap berbaloi pun ntah la, harga pun xdela murah sgt, lebih kurang je.

    Aku ke Langkawi hanya dgn wife, Naufal tinggal kat tok dia kat kg..hehehe. Sampai je Langkawi mmg aku dah plan nak get new experience, jalan2 ke tempat yg tak penah sampai (hnya dok dengar je), lagak mcm pelancong luar padahal cakap loghat Kedah pekat punya. Tp wife aku, dlm mind dia dah set benda lain…shopping! itula pompuan, soping..soping..soping.. x habis2. Suka hati la, janji aku nak g tempat yg dah lama aku nak pi.

    Berbekalkan keta kancil yg disediakan, aku pusing satu Langkawi. Igtkan besaq sgt, rupanya dalam satu hari pun dah boleh selesai pusing satu pulau. Tp yg x tahan tu dgn cuaca yg amat panas dan berbahang. Tp tgk mat saleh selamba badak je jalan2 x kisah pun dgn panas ni. Ye la, sbb diorang tu kan putih, nak jdkan diri ‘tanned’ gelap.. mmg la diorang suka. Kita pulak org local yg dah already gelap nakkan kulit jd putih or paling tidak tak makin gelap, mmg la x suka dgn panas ni.

    Naik cabel car ke puncak Gunung Mat Cincang, best sgt.. tgk ada yg gayat, ada yg takut sampai x nak toleh ke belakang or bawah, tp aku dgn wife selambe je. Sampai kat atas sejuk udara dia, boleh tgk mukabumi langkawi. Indah sungguh ciptaan Tuhan. Peluang kat atas tu aku teroka habis sampai ke sky bridge.. terasa gak pancit walaupun x de la jauh mana sgt pun. Next kitorang ikut island hopping, pergi ke pulau dayang bunting, pulau beras basah dan eagle feeding. Time eagle feeding la yg aku nanti2 kan sgt, dgn tele 200mm aku try to get as much as possible perfect shoot time burung helang nak catch makanan yg ditaburkan. Tp bukan senang nak dpt perfect shoot. Igt lain kali kena dtg hanya dgn group photog shj, sewa satu bot just utk shoot haiwan hebat ni, haiwan penjaga pulau ni. Dlm masa tu, tempat2 lain pun sempat la kitorang singgah. Akhir sekali, bersoping sakan kat pekan Kuah, bini aku laa.. Park je keta, tgk2 dah hilang.. rupanya dah ada kat dlm kedai Hj Ismail Group, soping coklat.

    Time kitorang pi ni bkn time cuti sekolah, or cuti panjang, so org pun x la ramai sgt, boleh la nak buat aktiviti apa pun tanpa berebut dan jugak xde la peniaga2 kat sana nak ’sembelih’ kitorang. Siap boleh tawar murah2 lg terutama kat padang mat sirat. Kedai2 pun agak lengang, bolehla buat pilihan sikit. Cuma kat jalan pantai Chenang je yg penuh dgn palancong luar, mat saleh dan pak arab. Kedai2 kat situ agak happening bukak sampai pagi, dan boleh aku gambarkan mcm kat Bukit Bintang, KL.

    Kesimpulan, mmg berbaloi cuti kali ni. Org amik cuti utk rest, dan balik keje semula dgn mind yg fresh, tp aku dah mcm malas nak balik keje, nak cuti je terus kat sini..hehehehe.


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Ammar & Sherrina – Resepsi

    April 1st, 2010

    Pengantin: Ammar & Sherrina
    Tarikh: 21 Mac 2010
    Lokasi: Pusat Komuniti Seri Petaling

    Selesai smlm nikah, hari ni majlis sanding. Menariknya 2 jemputan kedua2 belah pihak dibuat sekaligus dlm satu majlis, so inilah sanding inilah bertandang.. bagus gak tu. Byk leh jimat, tp tgk lah tempat family kat mana, kalau sorang utara sorang selatan payah gak nak buat, mcm family ammar & ina dua2 kat area KL.

    Mcm biasa pengantin mmg sempoi, seronok shoot diorang ni. Aku rasa wedding kali ni lah yg kurang gangguan dari DSLR yg sering interframe kitorang. Bukan aku x suka dgn dslr dr kaum keluarga, frends dan juga wedding photog wannabe, aku pun asal dari golongan tu jugak mula2 dulu.. cuma hormatilah kami sbg official photog dlm event tu, sbb kami jugak yg nak kena menjawab kat pengantin kalau certain2 shoot xde dlm pic kitorang.. yelah, kalau asyik kena block je mana tahan beb.. Tp utk event kali ni, perfect!

    Alkisah sikit pasai pic kat bawah ni, aku pun br tau tp sejauh mana kebenaran wallahualam..

    Dlm tgh dok bersiap pengantin lelaki, mak andam terkejut tgk keris yg nak dipakai oleh ammar rupanya keris betul. Aku dah tau tp x terkejut pun. Ammar yg beli keris tu sbb baru nampak real sikit. Si mak andam ckp mana boleh pengantin keris betul time sanding2 ni, kalau nak pakai jugak kena ikat dgn kain kuning. Apsat? katanya boleh jd malapetaka kot2 keris tu boleh terbang tikam pengantin kalau2 dlm byk2 jemputan yg dtg tu saja2 nak  test ilmu. Isk, dah mcm cite purba plak.. Tp x berani nak ckp la coz aku mmg x penah alami benda2 mcm ni.

    Barula aku tau selama ni keris yg dipakai semuanya keris tipu, kalau yg betul ada diikat dgn kain kuning. Ntahla.. Mujurlah si ammar x kena tikam dgn keris hari tu, tp x tau la plak si ina..hehehe… Selamat pengantin baru.. lalalalalala..


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Ammar & Sherrina – Nikah

    March 23rd, 2010

    Pengantin: Ammar Yusof & Sherrina
    Tarikh: 20 Mac 2010
    Lokasi: Serdang Raya

    Mencari lokasi tempat majlis nikah couple ni merisaukan aku jugak, coz selama ni kalau tempat yg x pernah aku p, mmg bergantung pada GPS je, tp masjid al-islah ni xde dlm map pulak.. yg ada al-islah kat perak..ah! sudah. Bkn apa kalau dah tahu senang sikit, xde la aku kena kuar awal sgt. Tp, Alhamdulilah.. dalam tersesat jalan tu, tiba2 ternampak la satu surau ni, rupanya masjid yg dimaksudkan tu asalnya surau, patutla xde dlm map.

    Ammar ni schoolmate Dell DS, mmg dia dah book DS dari dulu lg.. friendly orgnya, mcm dah lama kenal plak, Ina pun sama.. best lah diorang ni. Yg paling best depa ni suka sgt bergambar, pose dll, x perlu lah aku nak arah2 sgt. Pernikahan pun berjalan lancar, walaupun pengantin laki sampai lewat..hehehe.

    Sbbkan diorang ni suka sgt berposing, shoot nikah ni dah jd mcm shoot outdoor, byk pic outdoor dr nikah… terbalik la pulak. Xpa2 nanti esok kami snap outdoor korang byk2..k

    To Ammar & Ina, congatulation dah jd husband & wife, sapa sangka perkenalan kat internet yg singkat dah bawa diorang ke tahap ni. Dan juga thanks atas layanan korang sefamily… baik betul.


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Siti & Azhar – Nikah

    March 19th, 2010

    Pengantin: Siti & Azhar (Bob)
    Tarikh: 13 Mac 2010
    Lokasi: Pantai Dalam

    Alhamdulillah, satu lg pasangan selamat diijab kabulkan. Shoot kali ni adalah untuk sedara Ridwan, Signdeco Detik Indah.

    Majlis yang sederhana tetapi meriah, meriah dgn gelagat pakcik makcik pengantin. Sbb nya ada sorang pakcik Azhar ni kaki melatah, dan sorang lagi kuat nyakat.. yang lain2 pun ikut sama, termasuk lah Bob kita ni.

    To pengantin, tahniah dan semoga berbahagia selamanya..


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776

    Zila & Azwan Outdoor Photoshoot

    March 17th, 2010

    Couple: Zila @ Azwan
    Date: 6 Mar 2010
    Location: TTDI

    Sesi outdoor ini merupakan pre-wedd bg loving couple ni, sama cantik dan hensem. Shoot yg sepatutnya awal pg tertangguh coz hujan lebat sgt (hujan pg2 weekend plak tu, syiok tarik selimut jer..).

    Lokasi yg dijanjikan agak terpencil sket, sesat 2 -3 kali aku nak sampai situ. Selama ni mmg berharapp pada GPS je, tp kali ni dgn GPS pun kantoi. Sampai je, zila & azwan dah tunggu. with all the props..hehehe. Terus cargas mulakan tugas, coz hari dah mula panas, lighting pun x berapa best kalau dah tgh hari ni.

    The couple mmg suka bergambar, so senang nak pose apa pun. Zila plak mmg byk idea dlm kepala dia.. senang cite.

    Habis shoot, raja & dell ajak g santai.. aku ikut je la, igtkan santai apa dia, rupanya Restoran Santai..ceh! Mkn sedap2 belaka..or mmg aku tgh lapaq gile time tu.. hehehe.. :D


    Nuhairi Azwan | Freelance @ Wedding Photographer
    nazwan.geo@yahoo.com | 012.299 1776